Foto : Nallakaruppan / utusanonline.com.my Doc |
Kerincigoogle.com, KUALA LUMPUR 4 Feb. – Tindakan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri SK Devamany menggesa Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengambil tindakan tegas terhadap beberapa pemimpin tertinggi parti itu yang didapati mengeluarkan kenyataan bercanggah terhadap MIC baru-baru ini disifatkan ibarat ‘membunuh utusan sendiri’.
Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, tindakan seumpama itu jika dilakukan hanya akan mematikan langkah masyarakat India untuk maju ke hadapan.
“Kita semua mahukan kerajaan yang bersih, telus serta progresif dan parti politik juga tidak seharusnya terkecuali daripada tuntutan asas tersebut.
“Sejujurnya, kita semua mengharapkan supaya Perdana Menteri mampu meneruskan usahanya dalam memperjuangkan demokrasi dan keterbukaan dalam segala perbincangan. Kini, negara sudah menjadi lebih matang dan ahli politik kita juga seharusnya begitu dalam menerima segala maklum balas, sama ada ia negatif ataupun positif dengan semangat yang sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah beliau, sebarang kenyataan yang dikeluarkan wajar diteliti terlebih dahulu sebelum dikenakan apa-apa tindakan lanjut.
Kelmarin Devamany menggesa Najib mengambil tindakan tegas terhadap beberapa pemimpin tertinggi parti masyarakat India yang didapati mengeluarkan kenyataan bercanggah terhadap MIC dalam satu majlis yang diadakan.
Beliau berkata, perbuatan itu nyata telah melanggari Artikel 15 Perlembagaan BN apabila tampil membuat kenyataan secara terbuka tidak mengiktiraf Presiden parti, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam meskipun beliau dipilih menerusi pemilihan semula setelah diarahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) ketika kemelut dalaman melanda parti tersebut.
Menurut Devamany, sekiranya tindakan tidak diambil terhadap kesemua pemimpin yang membuat kenyataan itu, dikhuatiri boleh mengganggu usaha MIC dan BN dalam mengembalikan semula keyakinan rakyat terutamanya masyarakat India pada pilihan raya umum akan datang.
Mengulas lanjut, Nallakaruppan memberitahu, pihaknya akan terus bersama-sama BN dalam memberikan penjelasan terhadap apa sahaja persoalan yang dibangkitkan demi memastikan kejayaan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak lama lagi.
“Memberi penjelasan kepada rakyat bukanlah sekadar tanggungjawab MIC tetapi juga ahli lain yang ada dalam kerajaan campuran ini sama seperti prestasi UMNO yang akan memberi kesan kepada prestasi keseluruhan BN. Kita semua saling memerlukan,” katanya.

- Sumber : utusanonline.com.my