Kerincigoogle.com, PUTRAJAYA 24 Jan. – Tidak sampai tiga jam dibebaskan, seorang peguam ditahan semula oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Kuantan, Pahang bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah perlombongan bauksit di Pahang.
Menurut sumber SPRM, peguam terbabit yang dibebaskan pada pukul 10.30 pagi ini selepas ditahan reman empat hari ditahan semula kira-kira pukul 12.40 tengah hari ini di ibu pejabat SPRM di sini bagi membantu siasatan berhubung isu berkenaan.
“Peguam berkenaan kemudian dibawa ke Pejabat SPRM Kuantan, Pahang dan penahanannya bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes perlombongan bauksit secara haram di Kuantan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.
Terdahulu peguam terbabit merupakan antara empat individu yang dibebaskan oleh SPRM selepas tempoh tahanan reman mereka berakhir hari ini.
Pada Khamis lalu, Majistret Eric Lau membenarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap empat individu terbabit bagi membantu siasatan membabitkan kes rasuah perlombongan bauksit di Pahang.
Selain peguam tersebut, turut direman ialah seorang Datuk yang merupakan bekas pegawai kanan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang yang kini bergelar ahli perniagaan, seorang penjawat awam dan seorang wanita pekerja syarikat perlombongan.
Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 iaitu menggunakan dokumen yang mengandungi maklumat palsu berkaitan perlombongan bauksit di Pahang.

Sumber : Utusan.com.my