Najib Tun Razak Foto : Bernama /  Doc
BERNAMA
Kerincigoogle.com, Kuala Lmpur - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kepentingan penduduk luar bandar sentiasa di hatinya dan berjanji melakukan yang terbaik untuk membantu golongan tersebut.

Tegas Perdana Menteri, beliau akan memberi keutamaan kepada aspek kebajikan golongan berkenaan dengan membantu menyelesaikan permasalahan di desa yang terpaksa dihadapi penduduk luar bandar.

Jaminan itu dibuat beliau selepas mengadakan lawatan serta tinjauan mesra di Kampung Pulau Rumput dan Kampung Padang Rumbia di Pekan, Pahang.

“Penduduk luar bandar sentiasa di hati saya, Insya-Allah saya akan sentiasa memberi keutamaan kepada kebajikan dan membantu menyelesaikan permasalahan di desa,” janji Najib dalam laman Facebook miliknya hari ini.

Sempena lawatan dan tinjauan mesra tersebut, Perdana Menteri turut menikmati jamuan tengah hari bersama penduduk kampung dalam keadaan santai.

Terdahulu, menerusi akaun Facebook miliknya, Najib memuat naik gambar beliau menziarahi seorang penduduk, Sabri Ismail, 45, yang terlantar dan sukar bergerak selepas menjalani pembedahan di kepala.

“Beliau mengalami masalah pergerakan selepas menjalani pembedahan di kepala. Saya mendoakan semoga saudara Sabri kembali pulih, insya-Allah,” doanya.

Prihatin dengan penderitaan ditanggung pesakit itu, Perdana Menteri menghulurkan sumbangan peribadi kepada keluarga mangsa. 

Reaksi: